Wednesday, 30 September 2015

Jodoh SHAKLEE

Ini bukan cerita pertemuan saya dan Encik Suami di Shaklee. Tapi cerita saya bertemu dengan Shaklee dan kenapa saya pilih Shaklee. Ye, memanglah jodoh!

Sebenarnya saya dah lama dengar tentang Shaklee ni. Tapi perception saya tentang Shaklee pada mulanya adalah, ia sama seperti  lambakan product supplements lain yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan di Malaysia.

Kebanyakan products yang dijual sekarang hanya tahu menjaja testimoni. Bagi saya, testimoni yang entah betul atau pun tidak itu sungguh meragukan. Malah, boleh jadi testimoni itu pun cuma rekaan semata-mata.

Selepas saya melahirkan anak sulung, saya sangat rajin mencari informasi di Google berkenaan breastfeeding. And guess what.. Kebanyakan bloggers yang bercerita tentang breastfeeding merupakan Shaklee Independent Distributors.

Setiap kali search 'breastfeeding/ penyusuan' je, jumpa Shaklee. Saya dah mula kagum la waktu itu. Fenomena juga Shaklee ni ye.

Tidak lama kemudian, saya terbaca post rakan saya tentang Shaklee. Beliau memang rajin menulis tentang Shaklee. Dan posts beliau tidak pernah gagal menarik minat saya untuk membaca apa yang beliau kongsikan.

Post yang beliau share itu memaparkan contoh journal kajian tentang product Shaklee. Dan beliau terangkan ketika itu yang products Shaklee bukanlah seperti kebanyakan products lain yang hanya tahu mengakui mempunyai pelbagai manfaat, tetapi Shaklee products are backed up by Scientific studies. Sejak itu, saya mula merasakan bahawa Shaklee ni pasti hebat!

Kebetulan, saya juga memang sedang mencari platform untuk memulakan online business. Kerana saya lebih suka menjaga sendiri anak di rumah selagi saya mampu.

Apabila saya search mengenai work-at-home-mom (WAHM) untuk mengetahui business apa yang selalu WAHM ini buat, saya terjumpa lagi dengan Shaklee. Rupanya ramai Shaklee Independent Distributors ni juga merupakan WAHM. Hebat kan?

Jadi dengan itu, saya pun terus contact rakan saya yang dah buat Shaklee tu dan menyatakan hasrat saya untuk buat Shaklee juga.

Begitulah cerita saya bertemu jodoh dengan Shaklee. Moga jodoh ni kekal sepanjang ia baik untuk saya.

Doakan perjalanan saya dengan Shaklee ni ye, awak-awak semua.

Friday, 25 September 2015

Objektif Blog Ummu Maryam

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah pada hari Jumaat 11 Zulhijjah 1436H ni, saya berjaya publish entri pertama saya di blog. Masih belum terlewat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua.

Bagi yang bekerja, mesti ramai yang ambik cuti hari ni untuk pulang ke kampung kan. Selamat bercuti juga bersama keluarga. Luangkan masa yang singkat itu dengan berkualiti ye!

Berbalik kepada tujuan asal menulis entri ini, InsyaAllah saya akan menjadikan blog ini sebagai medan untuk catatan personal dan berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. 

Semoga apa yang bakal saya kongsikan dicatat sebagai amal kebajikan yang Allah redha. Tolong doakan saya yang masih newbie ni ye.